Thursday, December 11, 2008.
We vacated the building at 1:08 PM
8/12/2008
hari ini kami semua ade agenda tersendiri.agenda kami semua adalah melepak-lepak seperti orang gila yang tak tentu pasal dengan gaya yang agak gedik gedik gitu.maklumlah sape tak kenal budak bandar sunway,subang jaya ni gila skit dan agak sewel seperti di tanjung rambutan itu.
pada mulanya hanya aisis dengan tradluna je yang datang awal ia itu pukul 1.50 petang mereka sudah sampai di pyramid.mereka tunggu si antz dengan sai yang agak dekat juga rumah mereka tapi mereka pergi pudu raya untuk hantar mak antz yang pulang ke kampungnya di perak.
disebabkan itu,aisis dengan tradluna gerak dulu sebab mereka ingin makan dulu.sampai disana,aisis dengan tradluna lepak dekat ice skating tingkat atas sekali.disitu,aisis menjadi sangat tak betul apabila melihat mahluk mahluk di bawah sana main.memang agak kelakar gak lah sebab asyik jatuh je.terutama si couple itu.agak comei melihat mereka.hahaha.
pukul 2.30 sai dengan antz berjumpa dengan kitorang.tapi sebelum itu,kami ade jumpa member lama kami,ex smkbs la kiranya tapi sama umur,nama dia faiq.dia da macam bapak orang dah.kawan dia lagi sorang tu macam tongong je.diam gila babeng.memang nak lempang je la tahap gila.hahaha.sorry ar melalut skit.
then kami iaitu,aisis,tradluna,sai dengan antz pusing-pusing satu pyramid.tapi takde la pusing sampai habis.saje saje je jenjalan tak sampai sekerat pun kerana kami ade agenda kedua,iaitu melihat gig di pintu masuk hadapan utama pyramid 1.jadi kami semua turun pergi kat photoshop yang ade kat giant itu sebab si antz nak tangkap gambar pasport untuk kegunaan mencari kerja.kerja apa?lu pikir la sendiri.
antz cakap kul 4.30 nanti datang balik ambik gambar dia.then kitorang buat bodo tak layan jeeeee~lepas itu faiq nak g makan.yeala dia tak duduk sunway daa.so tak ingat jalan nak g mana.jadi kami sajalah yang membawanya berjalan-jalan.tapi aisis suka sakat faiq.dia orang kaya.tapi...agak kedekut skit nak belanja member lama dia.knot RM50.00 banyak dalam dompet tapi cakap miskin.memang mao kena.hahaha.
then kami bawak la si faiq dan membernya berjalan-jalan pusing pusing dalam pyramid.sebenarnya nak pergi jasmine tapi kami permainkan si faiq dengan berpusing pusing dekat esculator.dia pun tension jaaaaa
then sampai kat jasmine.kami order minum jeee.cuma tradluna dengan faiq je makan nasi lemak.di situ kami berjumpa dengan mamat malaun 2 orang iaitu si al WASABI dan JunSaIto gila berserta dengan rakannya iaitu shapiq baroo form 3 tahun depan form 4 dan wan pak ya iaitu senior kami.mereka pun duduk la sebelah meja kami tapi kami tidak brapa layan sebab dressingnya yang agak poyo gak la.i mean junsaito gila tu je la.yang lain ok jaaa.cili wasabi tu je yang duduk sebelah kitorang.jadi kami pun jadi la gila time itu.
time minum tu,aisis dengan sai nampak ade sorang mamat tu dia jatuh time nak duduk atas kerusi.mereka berdua bergelak sakan je.tapi takde la slow.kuat kuat je mereka gelak terutama aisis.sai da stop pun si aisis bleyh lagi gelak sakan kene kan orang kat belakang tu.orang kat belakang tu pun cover je malu dia.hahahahaha.
then si faiq dengan member dia blah g jenjalan sendiri.tinggal lah kami jee.kami tidak kisah jika hanya tinggal kami.jadi kami gerak jenjalan balik seperti orang gila yang tak pernah pergi jenjalan.semua macam gilaa jeee.
dah pukul 4.40 petang dah.tibalah masanya untuk antz ambik gambar dia seorang.time tengok gambarnya,kami semua gelak sampai kene gastrik.muka tak boleh bla.bapak kelakar sial.nak mintak penyepak jeee.hahahaha.serius dowh.tak tao ar aku.memang kelakar gila babeng.hahaha.
lepas itu,kami,aisis,ant dengan sai masuk giant sesaje lepak dalam kecuali si tradluna yang agak malas untuk berjalan selepas mengembangkan perutnya.masuk je dalam giant si ant da jumpa krim rambut,dia la yang paling gila dan paling tak waras.dia selamba je pakai krim rambut kat situ tanpa bayar.sial tak sial perangai itu?dont try dis at home if you are ADULT.children can try that.
then kami semua nak gerak ar.tapi sai cam sial perangai.lagi teruk dari kami semua.manja gila babeng.nak ice cream.minta tradluna belanja.then da bagi,mengada suruh tradluna pergi beli.agak lama gak ar cam setan je pasangan berdua ini.nak je aku pijak pijak mereka.mengada tak bertempat.nak mengada pun biar lah bertempat skit.kat rumah ke,kat bilik ke,ni kat depan giant gak nak tunjuk.ape class.
then kami gerak pergi ke gig.sampai sana jumpa bob,farees dan ramai ar gak.malas nak senaraikan nama.hahaha.sape yang takde nama tu solly la dulu.kami layan je la kumpulan mana tah.tak ingat aaa.then ade peraduan.si faizal DJ hot FM minta 2 orang untuk memakan sut pelumba kereta.bob pergi angkat tangan.aku ingatkan ape la sangat.tetiba jee bob angkat tangan.bila dengar cerita sebenarnya dari farees,sebenarnya si farees tu cakap sape nak hadiah angkat tangan,then bob pun angkat la tangan tak pasal-pasal kene panggil dengan faizal tu.hahaha.free free jee laa dapat pakai sut tuu.tapi sayangnya tak muat untuk bob pakai.hahahaha.tapi tidak mengapa,dapat gak la hadiah.
lepas itu,kami dihiburkan oleh jinbara.nyanyi lagu kasihnya laila,lagu baro ape tah tak ingat tajuk dengan lagu farhana.lepas itu kami semua lepak kat tepi starbuck cafe.kami jadi macam orang gila disitu.memang hangat la sebab ade hot disitu.hahaha.hangat sampai gila.
then kami pergi ke modestos sesaje tuk tangkap gambar.then kami pun balik.THE END
ini ada sedikit gambar mengenai hari tersebut.nikmatilah dengan sebaiknya.gambar je tau.takde caption.pepandai la lu pikir yeaa.











Done By:Ai_sis